Thursday, July 22, 2010

Senarai Tugas Guru Kaunseling Sepenuh Masa

  1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan di sekolah.
  2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
  3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
  4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
  5. Mengelola dan melaksana aktiviti Bimbingan kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
  6. Merancang, melaksana mengawalselia perkhidmatan bimbingan / kaunseling individu secara professional dan beretika.
  7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
  8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.
  9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
  10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi.
  11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
  12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
  13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  15. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
  17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan sesiapa sahaja yang memerlukannya.
  18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
  19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
  20. Menjadi ahli jawatankusa dalam Majlis Perancang Sekolah.
  21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
  22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.
  23. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan ( Kemasukan ) pelajar ke sekolah.
  24. Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.
  25. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

Tuesday, July 20, 2010

FUNGSI PERKHIDMATAN DI SEKOLAH

Membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan murid dalam bidang akademik, sahsiah, kepimpinan, ko-kurikulum,dan pembangunan diri murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek selaras dengan kehendak dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK)

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
  • menguruskan program dan aktiviti dengan cekap dan berkesan
  • melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
  • membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
  • mewujudkan suasana yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling
  • memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar
  • memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar

VISI

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi teraju utama dalam mewujudkan suasana teraputik dan kondusif di sekolah

PENGERTIAN


Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah satu proses membantu (dengan teknik menyoal) seseorang (boleh juga berkumpulan) untuk mengetahui potensi diri (dari segi pendidikan, vokasional dan psikologi) ke tahap optima dan mencapai kepuasan/kegembiraan kendiri sesuai dan berguna kepada masyarakat. (dan mendapat keredhaan Allah)